KISAH NABI NUH AS
KISAH NABI NUH (AS)
Bersyukur
kepada Allah kerana dengan inayah-Nya dapat juga saya menyiapkan folio ini.
Saya ditugaskan untuk membuat suatu penulisan mengenai Nabi Nuh (as). Nabi Nuh
(as) dilahirkan setelah wafatnya Adam selama 126 tahun menurut catatan Ibnu
Jarir dan ulama ahli sejarah lainnya. Diutus Allah (swt) untuk menyedarkan umat
di masanya yang terjerumus dalam penyembahan kepada berhala dan thogut. Beliau
berdakwah kepada kaumnya dalam jangka masa yang sangat lama, malam dan siang
hari, secara rahsia dan terang-terangan, dan beliau bertempat tinggal bersama
mereka selama hampir 950 tahun. Tidaklah yang beriman kepadanya melainkan
sedikit sekali. Mereka tidak memperhatikan dakwah, mereka tidak mengindahkan serta
mahu memikirkan ancaman dan peringatan-peringatan Nabi Nuh (as). Kebaikan yang
diberi mereka balas dengan keburukan, kehalusan yang diberi mereka balas dengan
kekerasan Lalu Nabi Nuh berdoa kepada Allah untuk membinasakan dan
menghancurkan kaumnya, maka Allah memperkenankan doanya dan Allah memberitahu
kepadanya bahawa Dia akan menghancurkan mereka dengan angin taufan dan banjir
besar, dan tidak ada yang tinggal dari mereka seorang pun. Nabi Nuh menaiki
bahtera bersama pengikutnya yang mukmin, semua haiwan secara berpasangan,
lelaki dan perempuan, dan perbekalan secukupnya untuk mengekalkan keturunannya
ke dalam bahtera, kemudian angin kencang dan banjir besar melanda,
menenggelamkan semua penduduk bumi, dan tidak ada yang selamat melainkan yang
di dalam bahtera.
PENDAHULUAN.
Nabi
Nuh (as) atau nama penuhnya Nuh bin Laamak bin Khanoukh (Nabi Idris) bin Yarud
bin Mahlayal bin Qainan bin Anausy bin Syeets bin Adam (as). Beliau juga
dikenali sebagai bapa umat manusia. Dilahirkan setelah wafatnya Adam selama 126
tahun menurut catatan Ibnu Jarir dan ulama ahli sejarah lainnya.
Menurut sejarah Ahli Kitab Klasik,
ruang waktu antara kematian Adam (as) dan kelahiran Nuh berjumlah 146 tahun
iaitu sama hampir dengan sepuluh abad. Pendapat itu disampaikan oleh Al-Hafidh
Abu Hatim bin Hibban di dalam kitab sahihnya. Beliau berkata Muhammad bin Umar
meriwayatkan kepadanya yang diterima dari Muhammad bin Abdul Malik bin Zanjawih
dari Abu Tawbah dari Mu’awiyah bin Salam dari Zaid bin Salam dari Abu Salam.
Beliau berkata bahawa dia mendengar pertuturan Abu Umamah, katanya bahawa
seseorang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah Adam itu Nabi?”
Baginda menjawab: “Ya, Adam adalah mukallim.” Orang itu bertanya lagi: “Berapa
jarak waktu antara beliau dan Nabi Nuh?” Baginda menjawab: “Sepuluh abad
(kurun).” Menurut pengamatan kami Ibnu Katsir , riwayat itu didasarkan pada
catatan Imam Muslim.
Secara ringkasnya Nabi Nuh (as)
diutus Allah (swt) untuk menyedarkan umat di masanya yang terjerumus dalam
penyembahan kepada berhala dan thogut. Ketika itu manusia mengalami kesesatan
dan kekafiran yang kuat. Oleh itu, Allah (swt) mengutusnya sebagai rahmat atau
kasih sayang kepada para hamba-Nya. Beliau juga adalah Rasul pertama diutuskan
kepada manusia, sebagaimana yang dikatakan Ahlul Mauqif (penduduk di makhsyar)
pada hari kiamat. Menutut catatan sejarah Ibnu Jarir, kaum Nabi Nuh (as)
disebut sebagai Bani Raasib. Berkenaan usia Nabi Nuh (as) ketika diangkat
menjadi Rasul didapati para ahli sejarah mempunyai pendapat yang berbeza
diantara mereka. Ada yang berpendapat ketika itu usia beliau mencapai 50 tahun.
Ada pula yang mengatakan berusia 350 tahun. Yang lain mengatakan beliau berusia
480 tahun ketika itu. Pendapat ini sebagaimana yang dituturkan oleh Ibnu Jarir
dlm catitannya. (Ismail, Abul Fidaa’ bin Katsir Al-Quraisy, 2000 : 71-73)
USIA NABI NUH (AS).
Dikatakan
hidup Nabi Nuh terlalu lama dan dia merupakan Nabi yang paling lama umurnya di
antara para Nabi. Terlalu banyak perjuangannya sehinggakan beliau memperoleh
kesakitan-kesakitan yang para Nabi dan para Rasul belum pernah memperolehnya.
Beliau mengajak kaumnya dalam jangka masa yang sangat lama, malam dan siang
hari, secara rahsia dan terang-terangan, dan beliau bertempat tinggal bersama
mereka selama hampir 950 tahun.
Sebahagian pendapat ulama
menerangkan bahawa umur Nabi Nuh semasa diutus oleh Allah kepada kaumnya baru
berumur 50 tahun, dia tinggal bersama kaumnya selama 950 tahun, kemudian Nabi
Nuh (as) hidup setelah kehancuran umatnya dan kaumnya selama 350 tahun, maka
umur beliau di antara seribu tiga ratus lima puluh tahun (1350 tahun). Ini
pendapat yang diambil dari kitab Taurat, sebagaimana mubaligh terdahulu yang
meninggalkan khabar-khabar yang diterangkan oleh Taurat dan tidak mungkin dapat
dipercaya. Sungguhpun yang dapat dipastikan dengan apa yang telah diterangkan
dalam Al-Quran sebagaimana surah Al-Ankabut, ayat 14, firman Allah: “Maka dia
tinggal bersama mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.” dan ini dalil
yang pasti. (Ash Shabuni, Muhammad Ali, 1996 : 278-279)
ANAK² NABI NUH (AS).
Nabi
Nuh mempunyai empat orang anak iaitu Sam, Ham, Yafis, dan Kan-an. Kan-an
merupakan satu-satu anaknya yang binasa akibat tenggelam, kerana dia termasuk
orang-orang yang kafir. Dia membangkang ketika diajak menaiki bahtera bersama
ayahnya dan dia berkata kepada ayahnya, “Aku akan mencari perlindungan ke
gunung yang dapat memelihara aku dari air bah”, maka dia tidak selamat kerana
tidak mengikuti panggilan ayahnya ketika memanggilnya, “Hai anakku! Naiklah
bersama kami”. Bahkan dia mempunyai anggapan bahawa dia akan selamat dengan
menaiki sebuah gunung, maka jadilah dia orang yang gagal.
Sebagaimana surah Huud, ayat 45,
Nabi Nuh berdoa kepada Tuhan untuk menyelamatkan anaknya, Nabi Nuh berkata, “Ya
Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau
itulah yang benar. Dan Engkau adalah hakim yang seadil-adilnya”. Maka Allah
Ta’ala menyalahkan Nuh dengan firmanNya dalam surah Huud, ayat 46, firmanNya
“Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan
diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu
janganlah kamu memohon kepada-Ku suatu yang tidak kamu ketahui (hakikat) nya.
Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan temasuk orang-orang
yang tidak berpengetahuan.”
Adapun anak-anak Nabi Nuh hanyalah
tiga, mereka selamat dan penghuni bumi datang dari keturunan mereka, maka
setiap manusia berketurunan anak-anak Nuh yang tiga itu, sebagaimana firman
Allah Ta’ala dalam surah As-Shafaat, ayat 77, “Dan kami menjadikan keturunanya
itu orang-orang yang melanjutkan keturunan”. Maka Sam menjadi tokoh Arab, Ham
menjadi tokoh Habsyi, dan Yafis menjadi tokoh Rum sebagaimana hadith-hadith
nabawi yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Nabi S.A.W bahawa beliau bersabda,
“Sam abul Arab, Ham abul Habsyi, dan Yafis abul Rum”. (Ash Shabuni, Muhammad
Ali, 1996 : 297-298)
PERISTIWA² DI ZAMAN NABI NUH (AS).
1.
KAUM PENYEMBAH BERHALA.
Telah
disebut dalam Al-Quran bahawa kaum Nabi Nuh (as) orang yang pertama menyembah
berhala atau patung. Sebelum mereka semuanya di atas agama tauhid yakni berada
di atas syariat yang benar dan mereka tidak mengenal berhala dan patung.
Adapun yang menunjukkan bahawa kaum
Nabi Nuh menyembah berhala iaitu yang telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam
kitab-Nya yang mulia yang mengkhabarkan tentang Nabi Nuh (as), surah Nuh, ayat
21-24, Nuh berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakai aku, dan
aku telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anak tidak menambah
kepadanya melainkan kerugian belaka, dan melakukan tipu daya yang amat besar”.
Dan mereka berkata, “Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan)
tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan)
wadd, dan jangan pula suwaa’, yaghuts, ya’uq dan nasr’. Dan sesungguhnya mereka
telah menyesatkan bebanyakan (manusia), dan janganlah Engkau tambahkan bagi
orang-orang yang zalim itu selain kesesatan”.
Wadd, Suwaa’, Yaghuts, dan Nasr
adalah nama berhala-berhala yang terbesar pada kabilah-kabilah kaum Nabi Nuh
(as). Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Ia berkata, “Ini adalah
nama-nama orang lelaki yang soleh dari kaum Nuh, maka setelah mereka meninggal
dunia syaitan membisikkan kepada kaum mereka (orang yang meninggal) untuk
mendirikan bangunan-bangunan dengan nama-nama mereka, lalu mereka
mengerjakannya, maka bangunan-bangunan itu belum disembah sehingga apabila ilmu
telah tiada barulah bangunan itu disembah,” Ibnu Abbas berkata, “Jadilah
patung-patung ini ada di kaum Nuh sesudahnya”.
Telah diriwayatkan dalam hadis
Bukhari dan Muslim dari Nabi S.A.W., beliau bersabda kepada Ummu Salamah dan
Ummu Habibah semasa keduanya menerangkan kebaikkanya dan bentuknya yang indah
(berhala), maka beliau bersabda, “Mereka itu apabila ada yang meninggal
orang-orang lelaki yang soleh, mereka membangun di atas kuburnya sebuah masjid
kemudian mereka mengarcakan di dalamnya, demikian itu akhlak yang paling buruk
di sisi Allah S.W.T.”.
Ibnu Abbas berkata, “Dengan sebab
itulah datang syariat Islam yang melarang menggambar dengan tangan setiap yang
mempunyai roh, diharamkan membuat patung-patung atau arca dengan apa saja
tujuannya”. Riwayat Bukhari mengatakan, “Sesungguhnya malaikat tidak akan
memasuki sebuah rumah yang di dalamnya ada seekor anjing, gambar,
patung-patung, dan orang yang junub.” Dan telah datang sabda Nabi S.A.W.,
“Barang siapa yang menggambar sebuah gambar, Allah akan menyeksa sebab gambar
itu pada hari kiamat sehingga orang itu menuipkan roh padanya dan tidaklah ia
boleh meniupkan.”. Demikian itu merupakan suatu batas akidah supaya manusia
tidak terjatuh dalam penyembahan berhala, sebagaimana yang terjadi kepada kaum
Nabi Nuh yang dapat mengubah keburukan dan kerosakan dan lain-lainnya. (Ash
Shabuni, Muhammad Ali, 1996 : 280-286)
2. KESABARAN NABI NUH (AS) KETIKA BERDAKWAH KEPADA KAUMNYA.
Kehidupan
Nabi Nuh suatu kehidupan yang berat yang tidak ada putus-putusnya, percubaan
dari kaumnya suatu cubaan yang sangat menyakitkan. Nabi Nuh bertempat tinggal
bersama mereka beberapa abad akan tetapi semua telinga kaumnya tuli, hatinya
tertutup, dan akalnya membatu. Sesungguhnya jiwa mereka lebih keras dari batu
karang, hati mereka lebih keras daripada besi, dan tidak bermakna bagi mereka
nasihat dan peringatan.
Setiap kali mereka diberi nasihat,
mereka bertambah ingkar. Setiap kali Nabi Nuh mengingatkan mereka kepada Allah,
kesesatan mereka bertambah-tambah. Mereka bernaung dalam jalan kesesatan,
mereka tidak memperhatikan dakwah, mereka tidak mengindahkan serta mahu
memikirkan ancaman dan peringatan-peringatan Nabi Nuh (as), sedangkan Nabi Nuh
tinggal bersama mereka selama 950 tahun dalam keadaan berdakwah, memberi
nasihat dan mengingatkan mereka dengan jalan berhikmah untuk mengubah mereka dari
kesesatan serta menjauhkan mereka dari menyembah patung dan berhala. Akan
tetapi semua itu tidak membahagiakan dan menyenangkan mereka. Dakwah Nabi Nuh
siang dan malam hari, secara senyap mahupun terang-terangan namun demikian
hati-hati mereka tidak mahu mengikutinya. Kebaikan yang diberi mereka balas
dengan keburukan, kehalusan yang diberi mereka balas dengan kekerasan. Nabi Nuh
tidak pernah berdendam pada kaumnya, malah Nabi Nuh (as) sentiasa berdoa, “Ya
Allah, ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka belum mengetahui.
Para penafsir meriwayatkan bahawa
tatkala Nabi Nuh datang kepada kaumnya dan mengajak mereka kepada Allah, maka
mereka berkumpul mengelilinginya dan memukulnya dengan suatu pukulan yang
sangat keras, mereka mencekiknya sehingga Nabi Nuh (as) pengsan, lalu mereka
masukkan dalam tikar dan membuangnya di tengah perjalanan lalu mereka berkata,
“Sesungguhnya dia akan mati setelah hari ini”, maka Allah memulihkannya dan dia
(Nuh) kembali mengajak kaumnya kepada Allah, maka mereka melakukan sedimikian
itu lagi. Seperti itulah ujian dan seksaan, akan tetapi Nuh selalu bersabar dan
tidak pernah mendoakan suatu seksaan kepada kaumnya.
Sepanjang dakwahnya, tidaklah yang
beriman kepadanya melainkan sedikit sekali. Setiap kali mereka melahirkan tidaklah
dari kalangan yang lebih baik, bahkan mereka lebih jahat dan lebih busuk kerana
orang tua mereka selalu mewasiatkan kepada anak-anaknya dengan berkata, “Hai
anak-anakku, takutlah kamu kepada Nuh, kerana dia tidak memuliakan agamamu dan
berhala-berhalamu”. Oleh sebab ini Nabi Nuh mendoakan kepada mereka setelah dia
merasa putus asa terhadap keimanan mereka, maka Nabi Nuh berkata sebagaimana
firman Allah dalam surah Nuh, ayat 26-27, “Nuh berkata, “Ya Tuhanku, janganlah
Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas
bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan
menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang
berbuat kemaksiatan lagi kafir.” Maka terjadilah selepas itu satu banjir yang
besar. (Ash Shabuni, Muhammad Ali, 1996 : 286-292)
3. NABI NUH (AS) MEMBUAT BAHTERA.
Setelah
Nabi Nuh bersedih hati memikirkan kaumnya, Allah Ta’ala mewahyukan kepadanya
sesungguhnya tidak akan beriman seorang pun kaummu setelah orang-orang mukmin
yang bersamanya, sebagaimana firman Allah dalam surah Huud, ayat 36, “Dan
diwahyukan kepada Nuh, bahawasanya sekali-kali tidak akan beriman di antara
kaummu, kecuali orang telah beriman (saja) kerana itu janganlah kamu bersedih
hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan”.
Di saat Nabi Nuh berdoa kepada Allah
untuk membinasakan dan menghancurkan kaumnya, maka Allah memperkenankan doanya
dan Allah memberitahu kepadanya bahawa Dia akan menghancurkan mereka dengan
angin taufan dan banjir besar, dan tidak ada yang tinggal dari mereka seorang
pun.
Allah mewahyukan bagaimana cara
pembuatannya yang baik, sebagaimana firman Allah dalam surah Huud, ayat 37,
“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan
janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu;
sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan”. Di dalam ayat tadi Allah juga
memerintahkan kepada Nabi Nuh dengan meniadakan peninjauan keadaan mereka,
kerana sesungguhnya apabila seksaan Allah datang, kaumnya yang berdosa tidak
akan menolaknya. Di saat Nabi Nuh (as) membuat bahtera atas perintah Allah
dengan wahyu-Nya, kaumnya mengetahui dengan meremehkan dan memperlecehkannya.
Akan tetapi Nuh mengerjakan terus dengan baik bahteranya itu.
Setelah selesai Nabi Nuh (as)
membuat bahtera, Allah memerintahkan kepada Nabi Nuh untuk membawa pengikutnya
yang mukmin, semua haiwan secara berpasangan, lelaki dan perempuan, dan
perbekalan secukupnya untuk mengekalkan keturunannya ke dalam bahtera, kemudian
Allah membuat tanda pancaran air dari dapur-dapur, dari langit dan dari segala
penjuru bumi, Nabi Nuh menaiki bahtera bersama kaumnya yang beriman, kemudian
angin kencang dan banjir besar melanda, menenggelamkan semua penduduk bumi, dan
tidak akan selamat melainkan yang di dalam bahtera. Setelah itu Allah turunkan
pula hujan dari langit yang dahsyat sekali, yang tidak akan ada hujan seperti
itu sebelumnya dan sesudahnya. Ketinggian air itu naik sampai di atas gunung
setinggi 15 zirak, meratai seluruh permukaan bumi, datarnya dan jurangnya serta
semua penjuru bumi. Dengan inilah Nabi Nuh dinamai dengan nama; “Ayah manusia
kedua”, kerana semua ahli bumi setelah berlakunya banjir besar dan angin taufan
lenyap sama sekali, sehingga anak Nuh sendiri tidak ikut naik bahtera bersama
ayahnya kerana dia termasuk dalam orang-orang yang binasa. (Ash Shabuni,
Muhammad Ali, 1996 : 293-297)
4. BANJIR BESAR BERHENTI SETELAH ORANG-ORANG KAFIR BINASA.
Setelah
semua orang kafir di bumi lenyap, Allah memerintahkan langit berhenti
mencurahkan air hujan, dan memerintahkan bumi untuk menelan air yang
menggenanginya, supaya menjadi seperti sediakala. Bahtera pula telah mendarat
di gunung yang bernama “Judy”, sebuah gunung yang besar terletak di Amerika
Selatan, berbatasan dengan Mesopotamia, sebagaimana firman Allah dalam surah
Huud, ayat 44, “Dan difirmankan, “Hai bumi! Telanlah airmu, dan hai langit
(hujan) berhentilah,” dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan
bahtera itu pun berlabuh di antara bukit Judi, dan dikatakan, “Binasalah orang-orang
yang zalm”. (Ash Shabuni, Muhammad Ali, 1996 : 299)
5. AHLI BAHTERA MENDARAT.
Semasa
bahtera mendarat di bukit Judi, Allah memerintahkan Nuh dan orang-orang yang
bersamanya untuk mendarat dari bahtera dengan selamat dan sejahtera serta
mendapat barakah dari Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah, firmannya dalam
surah Huud, ayat 48, “Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkahan
dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang Mukmin) dan orang-orang yang
bersamamu”.
Mereka mendarat dari bahtera pada
hari Asyura dari bulan Muharam setelah bertempat tinggal dalam bahtera selama
150 hari, maka Nuh berpuasa pada hari itu sebagai tanda syukur kepada Allah dan
Allah menyuruh orang-orang Mukmin yang bersamanya untuk berpuasa pada hari itu,
maka orang-orang Bani Israil mewarisi berpuasa pada hari itu dan kemudian Islam
datang menetapkan berpuasa pada hari tersebut.
Telah diriwayatkan bahawa Nabi
S.A.W. semasa datang ke Madinah Al-Munawarah, beliau mengetahui orang-orang
Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu Nabi bertanya, “Hari apa ini?”, mereka
menjawab, “Hari Soleh, hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari
musuh-musuhnya, maka Musa berpuasa”. Nabi bersabda, “Saya lebih berhak bersama
Musa daripada kamu sekalian, lalu Nabi berpuasa dan memerintahkan berpuasa pada
hari itu”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dan Tarmizi meriwayatkan dari Nabi
S.A.W. bahawa beliau bersabda, “Puasa hari Asyura kami mengharapkan kepada
Allah untuk menutupi dosa setahun sebelumnya”. (Ash Shabuni, Muhammad Ali, 1996
: 299-300)
KESIMPULAN.
Setelah
bertahun-tahun hidup bersama kesesatan kaumnya dan menempuhi pelbagai dugaan
hidup di dalam bahtera selama 150 hari, riwayat yang mangkul (secara langsung)
dari Ibnu Abbas bahawa Katsir dalam “Al Bidayah Wan Nihayah”, bahawa Nabi Nuh
bersama kaumnya yang beriman sebanyak 80 orang, mereka bertempat dalam bahtera
selama 150 hari, kemudian Allah melayarkan bahtera itu ke Makkah selama 40 hari
dan selajuntnya Allah melayarkan bahtera itu ke bukit Judy dan menetap di sana.
Beliau berjuang selama hidupnya akan
tetapi yang beriman hanya sedikit, dan di waktu lain dia selalu memperoleh
penderitaan dari kaumnya, yang tidak akan berkuasa seorang nabi pun malainkan
dari ulul azmi (orang lelaki yang mempunyai keteguhan hati), dengan inilah Nabi
Nuh (as) termasuk dari salah satu ulul azmi. Ketabahan Nabi Nuh (as) terhadap
kerenah kaumnya, Allah S.W.T. telah meletakkanya di kalangan para nabi ulul
azmi. Para nabi yang terus menerus menyampaikan risalah Allah iaitu mengajak
setiap kaumnya mengesakan-Nya.
Nabi Nuh meninggal dunia setelah
bersama kaumnya 950 tahun sebelum banjir besar dan hidup setelah banjir selama
beberapa masa yang hanya Allah lebih mengetahuinya. Ibnu Abbar meriwayatkan
bahawa perkiraan Nabi Nuh hidup selama 1780 tahun, hidup seperti ini yang
paling lama suatu kehidupan manusia. Nabi Nuh dimakamkan di Masjid Al-Munawarah
di Makkah Al-Mukarramah, bagi kata yang lebih kuat, semoga Allah merahmati
kepadanya. Kerana dialah Nabi yang pertama membawa syariat, yang paling lama
umurnya, dia yang pertama memberikan khabar peringatan tentang syirik, pertama
yang mengajak kepada Allah, dan Allah telah memberikan nama “hamba yang syukur”
dan itulah setinggi-tinggi gelaran buatnya dari Allah. (Ash Shabuni, Muhammad
Ali, 1996 : 300-301)
RUJUKAN.
1) Ash Shabuni, Muhammad Ali (1996).
Kemuliaan Para Nabi. Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa.
2) Ismail, Abul Fidaa’ bin Katsir
Al-Quraisy (2000). Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Berakal. Johor Bharu :
Perniagaan Jahabersa.
Comments